Ngempas adalah satu teknik
memancing yang unik yang mana satu kaedah untuk memancing ikan lais. Bagi penduduk-penduduk
yang tinggal berhampiran sungai sangat sinonim dengan teknik ini. Namun teknik
ini sesuai di kawasan anak sungai dan sungai tidak terlalu besar.
![]() |
| Ikan Lais yang berjaya didaratkan |
Antara yang uniknya teknik ini
ialah dilakukan pada waktu malam. Kebiasaannya para pemancing yang gemar
menggunakan teknik ini akan mulakan aktiviti ngempas ini pada jam 6 petang dan
berakhir jam 9 malam pada kebiasaanya. Namun hal ini juga bergantung pada
rezeki yang ada, jika ikan masih banyak dan masih menyambar umpan
berkemungkinan akan berlarutan hingga tengah malam.
![]() |
| saiz gred b |
Cara mennggunakan teknik ini
ialah pemancing mesti menggunakan batang pancing puyu (kebiasaannya 3m) namun
perlu juga mengikut kesesuaian tempat. Jika tempat sukar banyak pokok maka
lebih baik guna rod yang lebih pendek. Tali pancing pula kebiasaanya panjang
satu depa dan menggunakan mata kail saiz 16-17 (recommended 17).
Bagi yang beginner yang baru nak
berjinak dengan teknik ini, kesabaran adalah kunci utama. Hal ini kerana selain
tidak mendapat ikan, pemancing juga akan mendapat penat iaitu merasa lenguh
tangan. Ikan lais merupakan satu ikan yang jenis menyambar, dan kebisaanya
serangga keluar pada waktu senja. Oleh itu teknik ini sesuai dilakukan pada
waktu senja.
Umpan yang sesuai digunakan ialah
permaisuri kerengga (sesetangah org pggl anak kerengga) yang bersayap. Sangkutkan
umpan pada mata kail dan lempar ke sungai berkali-kali. Disebabkan cara
pemancing yang hempas-tarik berulang kali maka timbul nama ngempas. Umpan yang
disangka serangga berkeliaran akan disambar menyebabkan pemancing akan merasa
getaran. Tapi awas, sewaktu hempas-tarik pastikan tali pancing dalam keadaan
tegang.
Namun teknik ini aka nada pantang
larangnya. Para pemancing dilarang menyuluh cahaya di permukaan sungai. Hal ini
akan menyebabakan ikan lari dan akan mengambil masa untuk memanggilnya semula. Kebiasaanya
musim lais hadir ketika selepas musim banjir. Maka ketika itulah teknik ngempas
sesuai dipraktikan.

