Sunday, 22 April 2018

Teknik Ngempas


Ngempas adalah satu teknik memancing yang unik yang mana satu kaedah untuk memancing ikan lais. Bagi penduduk-penduduk yang tinggal berhampiran sungai sangat sinonim dengan teknik ini. Namun teknik ini sesuai di kawasan anak sungai dan sungai tidak terlalu besar.
Ikan Lais yang berjaya didaratkan


Antara yang uniknya teknik ini ialah dilakukan pada waktu malam. Kebiasaannya para pemancing yang gemar menggunakan teknik ini akan mulakan aktiviti ngempas ini pada jam 6 petang dan berakhir jam 9 malam pada kebiasaanya. Namun hal ini juga bergantung pada rezeki yang ada, jika ikan masih banyak dan masih menyambar umpan berkemungkinan akan berlarutan hingga tengah malam.

saiz gred b
Cara mennggunakan teknik ini ialah pemancing mesti menggunakan batang pancing puyu (kebiasaannya 3m) namun perlu juga mengikut kesesuaian tempat. Jika tempat sukar banyak pokok maka lebih baik guna rod yang lebih pendek. Tali pancing pula kebiasaanya panjang satu depa dan menggunakan mata kail saiz 16-17 (recommended 17).

Bagi yang beginner yang baru nak berjinak dengan teknik ini, kesabaran adalah kunci utama. Hal ini kerana selain tidak mendapat ikan, pemancing juga akan mendapat penat iaitu merasa lenguh tangan. Ikan lais merupakan satu ikan yang jenis menyambar, dan kebisaanya serangga keluar pada waktu senja. Oleh itu teknik ini sesuai dilakukan pada waktu senja.

Umpan yang sesuai digunakan ialah permaisuri kerengga (sesetangah org pggl anak kerengga) yang bersayap. Sangkutkan umpan pada mata kail dan lempar ke sungai berkali-kali. Disebabkan cara pemancing yang hempas-tarik berulang kali maka timbul nama ngempas. Umpan yang disangka serangga berkeliaran akan disambar menyebabkan pemancing akan merasa getaran. Tapi awas, sewaktu hempas-tarik pastikan tali pancing dalam keadaan tegang.

Namun teknik ini aka nada pantang larangnya. Para pemancing dilarang menyuluh cahaya di permukaan sungai. Hal ini akan menyebabakan ikan lari dan akan mengambil masa untuk memanggilnya semula. Kebiasaanya musim lais hadir ketika selepas musim banjir. Maka ketika itulah teknik ngempas sesuai dipraktikan.

No comments:

Post a Comment

Teknik Ngempas

Ngempas adalah satu teknik memancing yang unik yang mana satu kaedah untuk memancing ikan lais. Bagi penduduk-penduduk yang tinggal berham...