Wednesday, 11 April 2018

Tips Memancing Ikan Baung

Memancing adalah salah satu aktiviti yang sangat menarik dikala dalam keadaan bosan terutama ketika hujung minggu. Memancing sangat menguji kesabaran. Bagi para pemancing tegar sudah pastinya mereka tahu bagaimana tahap kesabaran saat menunggu umpan disambar ikan. 

Lebih menghampakan apabila seharian memancing, masih belum ada ikan yang berjaya didaratkan. Itulah, sudah namanya memancing, kalau nak banyak ikan pergi je beli dipasar-pasar, pasti dapat banyak ikan. 

Harini koi nak kongsi la sikit tips memancing. Tapi Tips ni bukan terpakai untuk semua jenis ikan. Jenis Ikan yang koi nak kongsi ni adalah ikan baung. Orang kampung, terutama yang dekat-dekat dengan sungai gemor amat ikan baung ni. Mboh dapat masok gulei lemok sedak amat yal!

Tips mancing baung ni sebenarnya bukanlah payah sangat. Umpan yang digunakan pula jenis yang senang dicari, pergi je mana-mana kedai pancing yang ada jual cengkerik. Aokme beli la cengkerik 3-4 ringgit. 

Tapi bukan sebarangan boleh pergi mancing ikan ni. bukan setiap masa. Ada beberapa faktor yang perlu korang nilai dan tengok. Pertama, memancing selepas hari hujan, bukan sekadar hujan, malahan perlu hujan yang lebat. Kedua, tengok air sungai, kalau keruh dan arus laju, insya Allah ikan baung ada bermain-main di sekitar sungai. 3 tips je perlu korang perhatikan, hujan lebat, air sungai laju dan keruh serta menggunakan umpan cengkerik. 

Disebabkan air yang laju, so, batu yang dipakai juga mestilah bersesuaian. Biasanya batu saiz 6-7 okay dah. Kalau tersangkut tu, bersedialah kehilangan batu. huhu

Selamat Mencuba


No comments:

Post a Comment

Teknik Ngempas

Ngempas adalah satu teknik memancing yang unik yang mana satu kaedah untuk memancing ikan lais. Bagi penduduk-penduduk yang tinggal berham...